Menurut penyelaras penduduk PBB di Bangladesh, dana sebanyak itu adalah wajar diminta memandangkan krisis yang dialami oleh etnik Rohingya berada pada tahap membimbangkan.

“Ia adalah krisis baharu dan semakin berkembang. Keperluan diperlukan sangat besar.

“Mereka ini datang ke sini sehelai sepinggang. Kami harap bantuan akan berterusan,” kata ketua negara PBB, Mia Seppo kepada AFP.

Permintaan pembiayaan berkenaan berkemungkinan dibangkitkan pada persidangan PBB di Geneva minggu ini.

Makanan, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan terus menjadi isu yang membelenggu pelarian Rohingya, sejak mereka melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar enam bulan lalu. - AFP