Dalam satu sidang akhbar, Menteri Hal Ehwal Luarnya, Adel al-Jubeir menuduh Iran melakukan banyak jenayah termasuk cubaan untuk memecah belahkan rantau ini dan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tanggungjawab menghalang Teheran da­ri­pada berbuat demikian.

“Keselamatan dan agama kami adalah perkara terpenting yang akan diutamakan,” kata­nya

ADEL AL-JUBEIR
ADEL AL-JUBEIR 

seperti yang dilaporkan oleh Arab News.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menempatkan sejumlah anggota tenteranya di kawasan per­airan di Teluk Arab dan di beberapa negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Arab News yang memetik laporan akhbar tempatan mela­porkan, ‘permintaan’ Washing­ton itu mendapat kelulusan daripada beberapa negara GCC termasuk Arab Saudi.

Menurut sumber, objektif utama langkah itu dibuat ada­­lah untuk membolehkan Washing­ton dan GCC bekerja­sama menentang sebarang an­­caman serta provokasi ketenteraan dari Iran atau kepen­tingan AS di rantau ini.

Ketegangan semakin buruk susulan serangan terhadap saluran paip minyak Arab Saudi dan sejumlah kapal kargo di Teluk Arab iaitu di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber itu juga menyebut bahawa beberapa negara Arab turut bercadang me­nga­dakan sidang ke­­­­mun­cak pada persida­ngan Islam yang dijadualkan berlangsung di Mekah pada 10 hari terakhir Ramadan.

Dalam hal berkaitan, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarid melahirkan keyakinan ba­hawa tiada peperangan akan tercetus di Asia Barat biarpun ketegangan antara Iran dan AS semakin memuncak.

Katanya, tiada pihak yang ingin berperang sama ada Iran atau AS namun beliau ‘mengingatkan’ Amerika bahawa ma­syarakatnya perlu sedar akan langkah berbahaya yang terdapat dalam negara berkenaan. – AGENSI