Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, aplikasi Absher menawarkan perkhidmatan untuk 'semua anggota masyarakat termasuk wanita, orang tua, dan orang ramai dengan keperluan khas'.

Aplikasi percuma itu boleh dimuat turun melalui telefon pintar Android dan Apple serta membolehkan pengguna memperbaharui pasport, visa serta memudahkan pelbagai perkhidmatan elektronik lain.

Bagaimanapun pengkritik menjelaskan, aplikasi itu membolehkan penyalahgunaan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan apabila membenarkan lelaki mengesan pergerakan mereka. - AFP