Rihanna yang turut memiliki jenama pakaian sukan, Fenty dan label pakaian dalam, Savage, telah bekerjasama dengan LVMH iaitu sebuah syarikat konglomerat fesyen terbesar dunia.

“Mereka sesuatu yang berkelas tinggi merupakan peristiwa istimewa untuk kami. Saya bersedia untuk dunia melihat apa yang kami telah bina bersama,” ujar Rihanna.

LVMH yang dimiliki oleh hartawan fesyen, Bernard Arnault berkata, jenama pakaian terbabit akan menyediakan pakaian yang sedia dipakai, kasut dan aksesori. - AFP