Ribut berkenaan dikatakan melanda pada kekuatan angin hampir 180 kilometer sejam.

Lisbon serta pusat bandar di Leiria dan Coimbra yang paling terjejas teruk apabila ribut itu menyebabkan pokok tumbang, kereta dan rumah rosak selain banjir.

Ribut terbabit dilaporkan turut membawa hujan lebat ke Sepanyol selepas ia melanda Portugal. - AFP