Duerte mencetuskan kemarahan ramai setelah membuat jenaka tentang jenayah rogol dan mengaku berkelakuan tidak sopan terhadap pembantu rumahnya.

Pembantu kepada Duerte menegaskan komen-komen yang dikeluarkan Presiden itu hanyalah gurauan semata-mata, tiada polisi dan sepatutnya tidak diambil serius.

Namun Ketua Kumpulan Wanita Gabriela, Joms Salvador menyifatkan kenyataan tidak senonoh Duerte itu sebagai tidak boleh diterima walaupun sekadar gurauan.-AFP