Polis dilaporkan melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap pelajar universiti berkenaan yang dikatakan berang terhadap diskriminasi kuota pekerjaan dalam kerajaan.

Bantahan itu adalah yang ter­besar sejak Perdana Menteri, Sheikh Hasina memegang jawatan tersebut.

Menurut media dan polis tempatan, para pelajar dari universiti di Chittagong, Khulna, Rajshahi, Barisal, Rangpur, Sylhet dan Savar memboikot kelas serta menyertai protes itu.

“Lebih 1,000 orang pelajar menyertai demonstrasi di Universiti Jahangirnagar,” kata penunjuk perasaan di Savar, Ataur Rahman.

Protes itu, yang bermula sejak malam semalam dan berakhir awal hari ini, telah menjadikan universiti berkenaan sebagai ‘medan pertempuran’.

Ujar penganjur protes terbabit, mereka mengadakan bantahan secara aman sebelum polis mula menembak gas pemedih mata dan peluru getah.

Polis turut menggunakan belantan dan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan dikatakan membaling batu, merosakkan kediaman Naib Canselor Universiti Dhaka, membakar dua kereta dan menceroboh ins­titut seni halus.

Polis berkata, seramai 15 orang telah ditahan dalam protes tersebut. – AFP