Bintang bela diri, Meggie Ochoa mengajar mangsa dengan bela diri yang memberikan mereka alat untuk kembali pulih daripada trauma disamping dapat melindungi diri pada masa depan.

“Sesetengah kanak-kanak ini yang saya kenali, melihat diri mereka sebagai tidak bernilai kerana pengalaman yang dialami.

“Bagi saya ia sangat menyayat hati,” jelas juara Jiu-jitsu dunia itu.

Badan kebajikan kanak-kanak melabelkan Filipina sebagai hub utama bagi penstriman langsung penganiayaan seksual kanak-kanak dan pelancongan seks dianggarkan melibatkan 60,000 hingga 100,000 orang. - AFP