Tay’Lor Smith, 19, turut diarahkan melakukan kerja-kerja kebajikan selama 38 hari selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

Dalam insiden berkenaan, Smith dilaporkan menolak Jordan Holgerson dari sebuah jambatan di Moulton Falls Regional Park sekitar Ogos tahun lepas.

Beliau dikenakan denda AS$ 300 (RM1,223) dan dihalang daripada mendekati Holgerson selama dua tahun.

Ekoran kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan kritikal pada tulang rusuk dan dada.-AGENSI