Nusrat Jahan Rafi, 19, meninggal dunia selepas sekumpulan lelaki mengikat dan membakarnya sehingga mati.

Nusrat sebelum itu didakwa diganggu secara seksual oleh seorang pengetua sekolah sebelum merancang untuk melaporkan tindakan guru tersebut kepada pihak berkuasa.

Namun, belum sempat membuat aduan, mangsa diheret sekumpulan lelaki ke kawasan terpencil dan diugut bunuh sekiranya terus merancang untuk melaporkan gangguan dialaminya.

Nusrat yang enggan menurut arahan lelaki-lelaki terbabit disimbah dengan minyak tanah sebelum dibakar hidup-hidup.

Polis dalam pada itu menahan 17 suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Anggota polis yang mengetuai siasatan, Mohamma Iqbal memberitahu salah seorang suspek mengaku menerima arahan daripada pengetua sekolah untuk menyerang mangsa.

“Cikgu tersebut mengarahkan pelaku memberi tekanan kepada mangsa untuk menggugurkan laporan kepada polis namun mangsa enggan berbuat demikian,” katanya.

Nusrat mengalami kecederaan kritikal pada tubuh dan meninggal dunia di hospital pada 10 April lalu.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan ramai pihak termasuk Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang berjanji akan membawa semua pesalah ke muka pengadilan.- AFP