Daily Mail melaporkan, Lilybeth Marvel, 37, dia berasa tentang ketagihan anaknya, Carlito Garcia bermain permainan video dan berjaga sehingga lewat malam di kafe siber tersebut di Nueva Ecija sejak dua tahun lalu.

Rakaman video yang tular menunjukkan wanita itu menyuap makanan namun mata anaknya tidak lepas daripada memandang skrin komputer manakala tangannya pada papan kekunci.

Remaja itu telah tidak ke sekolah dan duduk bersendirian seperti zombi bermain permainan kegemarannya di komputer.

Menurut Marvel, dia pernah membebel mengenai ketagihan anaknya itu namun tidak berhasil jadi cuba menggunakan pendekatan berbeza.

“Saya mahu buat dia merasakan walau apa jua yang berlaku dalam hidupnya, saya adalah ibu yang sayang dan menjaganya,” katanya. -AGENSI