Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pertubuhan Banduan Palestin melaporkan, pemimpin tersebut ditahan dirumahnya di Silwan.

Menurut agensi berita Maan, Adnan merupakan antara 21 penduduk Palestin yang ditahan rejim Zionis.

Kebanyakan yang ditahan merupakan anggota pergerakan Fatah di Baitulmuqaddis.

Tidak diketahui mengapa Gabenor Baitulmuqaddis itu ditahan dan polis Israel belum mengeluarkan kenyataan mengenainya.