Tertuduh, Meiliana, 44, yang merupakan penganut agama Buddha dan berbangsa Cina, didapati bersalah kerana menghina agama Islam selepas meminta masjid di kawasan perumahannya di Medan, kepulauan Sumatra untuk memperlahankan bunyi sistem suara kerana terlalu ‘bising’ dan ‘mencederakan’ telinganya.

Tindakan Meiliana pada dua tahun lalu itu mencetuskan rusuhan yang menyaksikan penduduk Muslim menyerang kuil Buddha.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai penolakan rayuan terbabit. - AFP