Mereka kemudiannya menyalurkan ‘keuntungan’ terbabit kepada sejumlah kasino di rantau ini.

Rangkaian-rangkaian jenayah turut mengambil kesempatan terhadap infrastruktur dadah di Myanmar dan membekalkannya ke negara jiran serta Australia dan Jepun.

Perkara itu didedahkan oleh Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) hari ini.

Tambah laporan berkenaan, rampasan dadah jenis yaba atau syabu telah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun terakhir. - AFP