Menurut laporan BBC, suspek dikatakan memasang ka­mera mini di sebalik televisyen, pemegang pengering rambut dan soket.

Kesemua suspek dipercayai memperoleh pendapatan ke­seluruhan sebanyak AS$6,200 (RM25,178).

Bercakap kepada BBC, polis memaklumkan suspek meletakkan lensa kamera bersaiz satu milimeter pada Ogos tahun lalu di 30 buah hotel berasingan di 10 bandar.

Pada November lalu, sebuah laman sesawang dibangunkan, membolehkan orang ramai membayar untuk video berdurasi penuh atau menonton klip selama 30 saat secara percuma.

Suspek dilaporkan memuat naik 803 video dalam laman berkenaan dan berjaya mengelak daripada dikesan apabila menggunakan pangkalan pelayar di luar negara.

Tambah polis, laman tersebut mempunyai 97 anggota berbayar sebelum ditutup pada bulan ini.

“Polis tegas memerangi penjenayah yang memuat naik dan berkongsi video haram kerana mereka menjatuhkan maruah orang lain,” kata jurucakap Agensi Polis Metropolitan Seoul kepada akhbar Korea Herald.