Bencana tersebut menyebabkan lebih 130 rumah, sebuah stesen gas dan dua kedai rosak di kampung Cicantayan.

“Kesemua mangsa yang terjejas berlindung di rumah saudara-mara, masjid dan tempat perlindungan sementara yang disediakan,” kata ketua polis komuniti di salah satu daerah di wilayah berkenaan, Agus Priyono. - BERNAMA