“Saya seronok bekerja de­ngan beliau, anda tahu, anda harus menerima bahawa mana-mana sahabat akan mengeluarkan kata-kata yang baik atau buruk,” kata Putera Mohammed dalam wawancara dengan Bloomberg, semalam.

“Semua peralatan dan senjata yang diterima dari AS sudah dijelaskan bayarannya, ia bukan percuma. Jadi sejak hubungan antara kedua negara bermula, kami membeli semuanya dengan wang,” katanya.

Trump membuat komen itu pada satu perhimpunan di Mississippi, Selasa lalu.

Walaupun kata-kata itu agak keras, pentadbiran Trump menjalinkan hubungan rapat dengan Arab Saudi yang disifatkan menghalang impian Iran di rantau itu.

Trump menjadikan Arab Saudi perhentian pertama dalam lawatan sulung beliau sebagai presiden ke Asia Barat tahun lalu.

Arab Saudi ialah pengeksport utama minyak dan ketua de facto OPEC, yang menerima kritikan Trump kerana menaikkan harga minyak. – REUTERS