Lapor Antara News, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.25 petang waktu tempatan.

Sebelum tahanan melarikan diri, berlaku rusuhan dalam penjara tanpa diketahui punca yang mengakibatkan kejadian di premis yang dihuni ratusan banduan itu.

Tingkap hadapan berdekatan pintu utama pecah selepas rusuhan itu berlaku ketika sejumlah anggota bersenjata dikerah mengamankan penjara tersebut.

Polis bersama tentera dan kakitangan penjara mengejar banduan yang melarikan diri dengan beberapa tahanan berjaya ditahan semula.

Namun, masih belum ada maklumat rasmi mengenai rusuhan dan jumlah tahanan yang melarikan diri dan berjaya ditangkap semula. - AGENSI