Pompeo menyatakan perkara itu ketika beliau mengadakan kunjungan singkat ke Riyadh hari ini.

Jelas beliau, Arab Saudi dan AS tidak akan ‘meninggalkan’ perjanjian nuklear dengan Iran yang dilaksanakan ketika era pentadbiran Barack Obama pada 2015 itu jika terdapat perjanjian dengan Eropah untuk memastikan Teheran tidak menghasilkan senjata nuklear.

“Iran menyebabkan semua negara Arab tidak stabil ketika ini. Negara itu menyokong kumpulan militan dan pengganas, menjadi pembekal senjata kepada pemberontak Houthi serta menyokong rejim Bashar al Assad di Syria,” katanya. – REUTERS