South China Morning Post melaporkan, Pompeo memberitahu, tindakan ‘China membina pulau haram di perairan antarabangsa’ bukan hanya ‘soal berkaitan keselamatan’.

“Pembangunan tenaga yang dihalang di Laut China Selatan secara paksaan bermaksud China mencegah negara ASEAN daripada akses kepada rizab lebih AS$2.5 trilion (RM10.2 trilion).

“Sebaliknya, kerajaan AS mempromosikan keselamatan tenaga kepada negara ASEAN. Kita mahu negara-negara rantau ini mempunyai akses kepada tenaga sendiri,” katanya ketika berucap kepada eksekutif tertinggi syarikat tenaga dan menteri minyak di sini semalam.