Jurucakap Micky Rosenfeld berkata, tahanan adalah ‘Arab’ yang boleh merujuk kepada rakyat Palestin atau warga Arab Israel.

Menurutnya, tindakan itu selepas mendapat panggilan tentang kekacauan awam ketika solat Jumaat.

“Polis menangkap 60 suspek yang terlibat dalam hasutan terhadap keganasan. Polis akan terus membuat tangkapan,” katanya.

Kenyataan rasmi memaklumkan kawalan polis di dalam dan sekitar kompleks Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur telah diperketat.