Pihak berkuasa menamakan suspek serangan membunuh 12 orang dan empat cedera semalam sebagai DeWayne Craddock dilaporkan berusia 40 tahun.

Bagi menumpukan perhatian kepada mangsa-mangsa, nama suspek tidak akan disebut lagi.

Ketua Polis, James Cervera berkata, Craddock terbunuh dalam pertempuran dengan polis merupakan pekerja di Jabatan Kerja Raya Virginia Beach sekitar 15 tahun.

Bagaimanapun, Cervera enggan mengulas sama ada Craddock dikenakan tindakan disiplin baru-baru ini atau mempunyai sesuatu dalam rekod peribadinya.

The Wall Street Journal melaporkan suspek telah dipecat baru-baru ini. - AFP