NZ Herald melaporkan wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke hospital Whanganui selepas mengalami kecederaan yang bukan disebabkan oleh kemalangan.

Ekoran keadaannya yang semakin kritikal, dia dipindahkan ke hospital Wellington dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Proses bedah siasat telah dilakukan dan pihak berkuasa Whanganui memulakan siasatan bagi mengetahui punca kematiannya.-AGENSI