Menurut laporan media tempatan, pertempuran tersebut masih berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata mewakili golongan kumpulan etnik Buddha di negeri berkenaan.

Lapor akhbar Global New Light of Myanmar, seorang anggota polis cedera parah selepas dierang oleh kira-kira 30 lelaki yang membawa senjata api kecil serta berat berdekatan kampung Saytaung, kawasan Buthidaung.

Namun jurucakap Tentera Arakan, Khin Thu Kha menafikan kumpulan terbabit terlibat dalam serangan itu. - REUTERS