Polis bertindak mengepung laluan di kawasan Philipstown dan mengosongkan beberapa rumah.

Sekitar pukul 6 petang waktu tempatan, polis berkata, skuad bom telah menemukan sebuah bungkusan yang mencurigakan dan lelaki berusia 33 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis menjumpai bungkusan yang mengandungi bahan letupan dan peluru di sebuah premis kosong di Newcastle Street, Christchurch,” kata Superitendan John Price dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan latar belakang dan motif sebenar suspek. - AFP