Detik News melaporkan, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Divisyen Hubungan Masyarakat, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, had masa diberikan sehingga selesai solat sunat berkenaan.

Katanya, peserta demonstrasi esok juga diminta tidak mengganggu hak dan kebebasan masyarakat lain disamping keselamatan.

“Jika ia tidak dipatuhi dan masa diberikan dilanggar, maka polis dapat menyuraikan perhimpunan itu.

“Mereka juga dilarang menginap di lokasi perhimpunan, ditegaskan tidak boleh,” katanya.