Video selama 10 minit itu menunjukkan mangsa, Tabrez Ansari dipukul dalam kes terbaharu keganasan agama yang mencalar imej sekular India.

Mangsa meninggal dunia di hospital pada Sabtu lalu, iaitu empat hari selepas diserang, diikat pada tiang dan dipukul ekoran didakwa merompak di Jharkhand.

Menurut Ketua Polis Seraikela, Karik S., pihaknya telah menangkap suspek utama bagi pembunuhan namun berbelas orang yang terlibat melarikan diri. - AFP