Menurut polis, mereka melakukan serbuan di sebuah bangunan industri di wilayah Tsuen Wan pada petang semalam dan telah menahan seorang lelaki berusia 27 tahun.

“Kami sedang menyiasat sebuah makmal bagi pengeluaran bahan letupan berkuasa tinggi khususnya triaceton triperoxide (TATP).

“Bahan letupan ini amat sensitif dan berkuasa tinggi. Ia akan menyebabkan kerosakan yang sangat teruk apabila digunakan,” kata pakar pasukan unit pemusnah bom, Superintenden Alick McWhirter.

Menurut McWhirter, pasukannya berjaya melaksanakan sekurang-kurangnya satu letupan terkawal dan dijangka melakukan lebih banyak lagi kerana TATP yang ditemui amat bahaya. - AFP.