Channel News Asia melaporkan, pihak penganjur memaklumkan kira-kira 230,000 penunjuk perasaan berhimpun dan berarak di jalan-jalan utama sekitar Hong Kong.

Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan tercetus apabila polis cuba meredakan protes yang membantah pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) membolehkan penduduk di wilayah ini diekstradisi ke tanah besar China jika terlibat dalam kegiatan jenayah.

Penunjuk perasaan juga dilaporkan menyekat jalan-jalan utama sehingga menyebabkan kesesakan trafik. – AGENSI