Sebelum kekecohan tercetus, ribuan penunjuk perasaan berarak merentasi kawasan perindustrian Kwun Tong sebelum dihalang berpuluh-puluh anggota polis.

Keadaan bertukar ganas apabila terdapat sekumpulan penunjuk perasaan yang melempar batu, memaksa anggota polis menggunakan baton dan semburan lada untuk menggagalkan serangan peserta demonstrasi.

Penunjuk perasaan bagaimanapun berundur selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Pada masa yang sama, polis berjaya menahan beberapa penunjuk perasaan yang terlibat membuat kekecohan.- AFP