Menurut polis Australia Selatan, lelaki tersebut dibawa ke mahkamah hari ini berdepan pertuduhan memiliki bahan letupan.

“Siasatan masih sedang berjalan dengan Unit Respons Bom digerakkan.

“Tiada ancaman atau bahaya kepada orang awam,”katanya.

Penyiar ABC melaporkan, lelaki itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa awal tahun ini berikutan kenyataan anti-Muslim dibuat dalam media sosial.

Lapor media tempatan yang mana bahan letupan itu dipanggil sebagai Ibu Syaitan iaitu letupan kimia digunakan kumpulan-kumpulan pengganas.

Pemandangan dari udara menyaksikan pakar letupan meletakkan beg pasit pada sekeliling satu objek sebelum ingin memusnahkannya. - AFP