“Saya mengarahkan agar sesiapa yang berfikir untuk pergi ke masjid malam ni, agar membatalkan niat anda, tutup pintu rumah anda sehingga kami benarkan,” ujar Bush seperti dipetik oleh New Zealand Herald.

Amaran Bush itu dikeluarkan susulan insiden serangan tembakan rambang di dua buah masjid hari yang mengorbankan kira-kira 9 orang maut.