CNN Indonesia melaporkan, perkara itu didedahkan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan ketika meninjau pintu air Manggarai dekat sini.

Menurut beliau, sampah-sampah tersebut menjadi punca banjir di Jakarta.

“Mengikut maklumat Ketua Jabatan Alam Sekitar, sekitar 170 tan sampah ‘terkumpul’ di pintu air tersebut kurang 24 jam yang merupakan perkara luar biasa.

“Sampah-sampah itu ha­nyut dari Bogor melalui aliran Su­ngai Ciliwung. Pada hari sebe­lumnya, tiada jumlah sampah sebanyak ini,” katanya.

Anies berkata, agensi ber­kaitan berterusan bekerja tanpa henti mengangkut sampah-sampah sehingga tidak me­ng­ganggu aliran air.

Tambahnya, dengan kea­daan tersebut, banjir mungkin bertambah buruk jika berlaku air pasang di laut.

Sementara itu, Ketua Daerah Bogor, Ade Yasin meminta Anies tidak menyalahkan kejadian banjir berlaku ekoran hulu Sungai Ciliwung di Daerah Bogor.

“Cuaca di sini terutama wilayah Puncak Cisarua ke­belakangan ini me­ngalami hujan lebat dilihat menyebabkan limpahan air Sungai Ciliwung.

“Hujan lebat itu pasti akan memberikan kesan ke Jakarta berikutan lokasinya yang lebih rendah dari Bogor,” jelasnya.