Menurut Polis Persekutuan Australia, siasatan yang diketuai penguat kuasa imigresen dan kastam AS itu berjaya merampas 1.7 tan dadah di California bulan lalu.

Pihak berkuasa AS memberitahu, dadah yang dianggar bernilai AUS1.29 bilion atau AS$900 juta (RM3.67 bilion) itu disembunyikan dalam kargo haram yang membawa peralatan audio ke Australia.

Dua rakyat AS dan empat warga tempatan berjaya ditahan dalam beberapa serbuan pada minggu ini di Melbourne dan Sydney.

Kesemua mereka menghadapi pelbagai tuduhan termasuk cubaan mengimport dadah dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Hasil siasatan mendedahkan kerjasama antara kartel Mexico dan kumpulan penunggang motosikal tempatan yang mana membimbangkan pihak berkuasa tentang kemunculan dadah baharu di negara ini,

“Perkara ini adalah serius kerana kami percaya kartel Mexico sedang giat menyasarkan Australia,

“Mereka menghantar jumlah yang sedikit selama ini dan sekarang, mereka sedang memperluasakan dan Australia kini menjadi sasaran,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Bruce Hill. -AFP