Pesawat Sukhoi SU-24 itu terhempas di kawasan ladang di wilayah Tiaret, kira-kira 250 kilometer dari barat daya Algiers.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang dan pembantu juruterbang terbunuh ketika ‘latihan penerbangan lewat malam’ dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – AFP