Ini menyebabkan para petugas terpaksa menghabiskan agihan walaupun dalam situasi yang kurang selamat.

Menurut wakil Syria Care di sini, Abdul Rahman Al Bakur, kawasan Maarat-ul Nu'man dan sekitarnya di bom hampir setiap hari oleh pesawat pengebom kerajaan.

"Ketika kami mengagihkan daging korban terdapat pesawat yang berlegar-legar mencari sasaran untuk di bom.

"Selalunya bila ada kehadiran pesawat seperti ini kami akan bersembunyi.

"Namun ketika agihan daging korban dilakukan, mereka tidak berganjak, tetap beratur untuk dapatkan daging walaupun tahu itu berbahaya," katanya ketika ditemui Utusan.

Maarart-ul Nu'man merupakan kawasan di utara Syria yang dikuasai oleh tentera penentang kerajaan.

Kawasan ini juga menempatkan puluhan ribu pelarian yang melarikan diri ekoran krisis tersebut.

Pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia, Syria Care merupakan organisasi yang aktif menyantuni pelarian di sini termasuk membina sekolah dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE