Lapor Tribunnews memetik Ketua Polis Indramayu, M. Yoris M.Y Marzuki sebagai berkata, pihaknya mengesahkan insiden berkenaan.

"Ya, terdapat pesawat yang terhempas di Sungai Rambatan Cimanuk.

"Menurut keterangan daripada saksi, pesawat itu berpusing-pusing dan melanggar kabel tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi oleh Tribuncirebon.com menerusi panggilan telefon.

Tambah M. Yoris, dua orang dikenal pasti terbabit dalam nahas tersebut dan usaha mencari mangsa sedang dilakukan. - AGENSI