Polis menggunakan penyembur lada dan baton untuk menyuraikan bantahan penunjuk perasaan itu di Sheung Shui, sebuah bandar berhampiran sempadan China, selepas beribu-ribu orang berarak bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai isu perdagangan selari itu.

Penunjuk perasaan menggunakan botol air untuk membersihkan mata mereka akibat terkena semburan lada itu manakala seorang peserta demonstrasi mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Hong Kong digemparkan dengan tunjuk perasaan besar-besaran secara aman dan siri keganasan berasingan bersama polis sejak sebulan lalu yang dicetuskan oleh undang-undang yang membolehkan mana-mana penduduk wilayah itu terlibat dalam kegiatan jenayah diekstradisi ke China. - AFP.