Dalam rakaman kamera pengawasan daripada Bank ICBC menunjukkan wanita dengan nama keluarga Li sedang mengeluarkan duit daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didatangi suspek bersenjatakan pisau, bulan lalu.

Li yang ketakutan kemudian memberikan 2,500 yuan (RM1,521) baharu dikeluarkan namun perompak itu meminta lagi dan mahu melihat jumlah wang dalam akaun mangsa.

Bagaimanapun,selepas melihat jumlah wang mangsa yang sudah kosong, perompak itu mengembalikan semula hasil rompakannya sambil tersenyum sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Malangnya, tindakan ‘baik’ perompak itu tidak menyelamatkannya dengan polis menangkap suspek selepas itu. - AGENSI