Channel News Asia melaporkan, berita kematian beliau disahkan oleh media tempatan dan sumber rasmi semalam.

Pelli yang membesar di Argentina dan melanjutkan pengajian di Universiti Tucuman menyifatkan dirinya sebagai seorang pendidik dan mempunyai visi dalam hidup, selain turut menempa nama

CESAR PELLI
CESAR PELLI 

di Amerika Syarikat (AS).

Gabenor Tucuman, Juan Manzur menerusi Twitternya menulis: “Kami menerima berita sedih tentang kematian Cesar Pelli. Saya ingin sampaikan salam takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukannya.

“Beliau merupakan seorang arkitek yang tiada bandingan dan legasinya akan terus hidup dalam setiap rekaannya’.

Pada 1977, Pelli menjadi pengasas Sekolah Arkitek di Universiti Yale dan menubuhkan Cesar Pelli & Associaties.

Beliau juga mempunyai beberapa studio di seluruh dunia termasuk New York, Abu Dhabi, San Francisco, Tokyo dan Shanghai.

Syarikat tenaga Argentina, YPF, bangunan ibu pejabatnya direka oleh Pelli menyifatkan arkitek itu pergi meninggalkan hasil kerja yang hebat di negara ini serta di seluruh dunia. – AGENSI