Alat tersebut yang berbentuk seperti buah dada wanita dan lengkap dengan puting silikon berperanan untuk membantu golongan bapa mengambil alih tugas menyusukan bayi yang selama ini dilakukan golongan ibu.

Lapor Oddity Central, alat tersebut diperkenalkan semasa festival SXSW di Austin, Texas sehingga mencuri perhatian orang ramai yang hadir pada festival tersebut.

Dentsu dalam kenyataan berkata, menyusukan bayi amat berkesan dalam membantu penjaga mendapatkan tidur yang mencukupi, satu manfaat yang amat diperlukan seorang ibu.

“Kami berharap pengha­silan alat ini akan mengurangkan beban yang dipikul seorang ibu dan membolehkan bayi mendapatkan tidur mencukupi apabila si bapa mengambil alih tugas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Dentsu memberitahu alat tersebut bukan sekadar untuk menyusukan bayi, malah mempunyai ciri-ciri khas yang menjana suhu sama seperti tubuh seorang ibu untuk memudahkan bayi tidur dengan nyenyak dalam pangkuan seorang bapa.

Pada masa yang sama, ia juga dapat mengenalpasti tingkah laku bayi ketika menyusu dan tidur.

Data-data berkaitan dikumpul dan boleh disemak pada telefon mudah alih pengguna menerusi aplikasi khas.– AGENSI