Kenyataan itu dibuat Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam Iran sebagai sumber dana utama dan sokongan untuk kumpulan militan di Asia Barat.

Difahamkan, kenyataan itu merupakan maklum balas terhadap soalan sama ada Paris bersetuju dengan gesaan Trump supaya meminggirkan Iran atau tidak.

Kelmarin, Presiden Perancis yang baharu, Emmanuel Macron dilaporkan sempat mengucapkan tahniah kepada Dr. Hassan Rouhani kerana dipilih semula sebagai Presiden Iran dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini. - REUTERS