Menurut Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner, beliau telah bercakap dengan rakan sejawatan dari Malta mengenai 64 migran termasuk 12 wanita dan bayi yang diambil di perairan Libya pada 3 April lalu.

“Saya mengesahkan Perancis, seperti Jerman dan beberapa rakan EU akan menunjukkan solidariti serta mengalu-alu kedatangan pelarian ini di kapal penyelamat, Alan Kurdi dan membenarkan mendarat di Valletta,” katanya dalam akaun twitter. - AFP