Bangladesh membelanjakan AS$280 juta (RM1.16 bilion) untuk mengubah pulau kecil berlumpur yang muncul kira-kira dua dekad lalu menjadi penempatan baharu bagi pelarian tersebut.

Bagaimanapun bencana alam telah membunuh ratusan ribu orang berhampiran pulau tersebut dalam beberapa dekad malah untuk ke sana perlu menaiki bot selama sejam dan terdedah kepada ribut ganas.

Susulan itu, kebanyakan pelarian Rohingya berasa berbelah-bahagi untuk berpindah namun PBB menegaskan bahawa setiap pertukaran lokasi itu harus dibuat secara sukarela.

Penyiasat bebas hak asasi manusia PBB, Yanghee Lee melakukan lawatan hari ini di pulau tersebut dengan diiringi pegawai daripada Kementerian Luar Bangladesh bagi meninjau kerja-kerja pembinaan kemudahan di pusat permindahan tersebut,

Sementara itu, Menteri Luar Bangladesh, A. K Abdul Momen dalam satu kenyataannya berkata, kerajaan tidak menyembunyikan apa-apa dipulau tersebut dan akan membawa mana-mana diplomat yang berminat ke sana sebaik sahaja kerja pembinaan selesai.

“Kami sangat terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa. Baik siapkan semua kerja dahulu,” katanya. -AFP