Channel News Asia mela­porkan, kumpulan bertopeng tersebut yang bersenjatakan kayu dan berbaju warna putih menyerbu stesen Mass Transit Railway (MTR) di daerah Yuen Long, menyerang penumpang seperti mana yang dirakamkan oleh pengguna komuter dan Ahli Parlimen pembangkang, Lam Cheuk-ting.

Menurut saksi kejadian, kumpulan itu dilihat menyasarkan penumpang berbaju hitam yang terlibat dengan demonstrasi selepas beberapa ribu penunjuk perasaan mengepung pejabat perwakilan China.

Rakaman siaran langsung menerusi Facebook menunjukkan orang ramai menjerit ketika kumpulan itu memukul beberapa penunjuk perasaan dan wartawan di stesen ber­kenaan, meninggalkan kesan darah pada lantai tren.

Pengkritik menempelak polis yang didakwa mengambil masa lebih sejam untuk tiba ke stesen berkenaan dan gagal menahan kumpulan bertopeng yang kekal berada di jalanan sekitar lokasi kejadian.

Cheuk-ting yang mengalami kecederaan di muka dan ta­ngan mengutuk respons polis dan mendakwa serangan itu didalangi 'anggota kongsi gelap'. – AGENSI