NZ Herald melaporkan, jurucakap lapangan terbang berkenaan memberitahu penutupan tersebut dilakukan untuk membolehkan kerja pembaikan di landasan berkenaan dilakukan dengan segera.

"Pasukan penyelenggaraan kami mengesan kecacatan di landasan yang perlu dibaiki segera," katanya.

Penutupan laluan tersebut berlangsung antara 7.20 petang hingga 8 malam waktu tempatan.- AGENSI