Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dalam serangan kumpulan pemberontak Houthi ke atas Lapangan Terbang Abha.

Lapor Gulf News yang memetik kenyataan tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi, bukti menunjukkan Pengawal Revolusi Iran sebagai dalang membekalkan senjata kepada kumpulan terbabit untuk melakukan serangan tersebut.

Kata kenyataan itu, tiga wanita dan dua kanak-kanak masing-masing berbangsa Arab Saudi, Yemen dan India merupakan antara mangsa yang cedera.-AGENSI