Di Dhaka, The Daily Star melaporkan, seramai 419 jemaah Bangladesh berlepas menuju ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 7.15 pagi.

Penerbangan haji itu menggunakan pesawat Bima Bangladesh Airlines, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal dekat sini.

Menteri Aviasi Awam dan Pelancongan, Mahbub Ali serta Menteri Hal Ehwal Agama, Sheikh Md. Abdullah antara yang hadir ketika pelepasan haji di Kem Haji Ashkona dekat sini pada pukul 3.40 pagi ini.

Kira-kira 1.27 juta jemaah dari Bangladesh akan menunaikan haji tahun ini.

Begitu juga di Lahore, Pakistan, penerbangan pertama haji membawa 214 jemaah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal menuju ke Madinah.

Selain itu, penerbangan sulung haji berlepas dari Srinagar membawa 304 jemaah dari Jammu dan Kashmir.

Timbalan Komisioner Srinagar, Shahid Iqbal memberitahu Greater Kashmir, jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Srinagar menggunakan dua pesawat Spice Jet.

Kumpulan pertama seramai 483 jemaah dari Malaysia juga berlepas pagi ini melalui Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.