Lapor Mail Online, Zealandia berkeluasan 4.9 juta kilometer persegi dan bakal menjadi benua ketujuh serta terkecil di dunia.

Dalam satu laporan kajian yang dihasilkan oleh para saintis tersebut, 11 ahli geologi bersetuju bahawa Zealandia mempunyai kriteria penting untuk diiktiraf sebagai benua.

“Zealandia bukan satu penemuan secara tiba-tiba tetapi telah lama disedari kewujudannya,” jelas saintis berkenaan melalui laporan tersebut.

Lokasi Zealandia terletak di antara New Zealand dan tanah jajahan luar Pe­rancis, New Caledonia.

Gelaran Zealandia pada mulanya diberikan oleh Profesor Geofizik, Bruce Luyendyk pada tahun 1995.

Dalam pada itu, tambah laporan berkenaan, para saintis tidak bersetuju sekiranya mana-mana pihak terutamanya New Zealand dan Australia mengiktiraf Zealandia sebagai tanah mereka.

Kajian itu juga menyebut bahawa 94 peratus da­ri­pada kawasan Zealandia terpisah dari Australia dan tenggelam sekitar 60 hingga 85 juta tahun dahulu.