Banjir kilat yang dianggap antara terburuk di negara itu mengakibatkan sebanyak 12 orang terbunuh ketika separuh daripada 271 mangsa yang berjaya diselamatkan adalah penduduk di Tabuk sahaja.

Saudi Gazette melaporkan, seorang bapa dan empat anaknya dilaporkan lemas setelah kereta dinaiki mereta dihanyutkan air banjir yang naik mengejut di Lembah Al-Bakkar ekoran hujan lebat, sejak dua hari lalu.

Isteri lelaki tersebut dan dua lagi anaknya bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh seorang penduduk, Majed Al-Temawi.